Sarawak Juara Keseluruhan Taekwando Sukma Ke-15

Sarawak Juara Keseluruhan Taekwando Sukma Ke-15

Sarawak Juara Keseluruhan Taekwando Sukma Ke-15

Sarawak dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan taekwando Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 dengan memungut empat pingat emas, dua perak dan dua gangsa pada hari terakhir kejohanan itu di sini Jumaat.

Sarawak mengatasi pencabar utama Terengganu dengan kelebihan satu pingat perak.

Terengganu berada di tempat kedua dengan empat emas, satu perak dan dua gangsa manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan Selangor dengan tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa.

Presiden Persatuan Taekwando Negeri Sarawak, Mohd Salleh Sani berkata kejayaan skuad Sarawak ini adalah hasil usaha dan kerja keras semua ahli kontinjen sejak dari awal pertandingan.

“Kalau kita berkerja keras pasti ada kejayaan di hujungnya, berdasarkan kepercayaan tersebut saya yakin kontinjen Sarawak mampu mengekalkan kejuaraan pada edisi Sukma berikutnya,” kata kepada pemberita pada majlis penutupan acara itu di Universiti Malaysia Pahang di sini. – Bernama

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: