Filem The Smurfs Versi Bahasa Malaysia 19 Ogos Depan
Filem The Smurf versi Bahasa Malaysia akan ditayangkan pada 19 Ogos depan, pukul 8 malam khas di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 431) bersempena ulang tahun ke 20 saluran itu di rantau Asia.
Pihak HBO Asia akan mengadakan siri jelajah HBO The Smurfs di pusat membeli belah One Utama bermula 8 hingga 12 Ogos depan dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
Antara pelakon yang membuat alih suara untuk versi Bahasa Malaysia ialah Yusry(Brainy Smurf), Lisa Surihani (Smurfette), Aznil Hj Nawawi (Gargamel), Hafiz Suip (Clumsy Smurf), Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emelia Rosnaida sebagai pasangan manusia iaitu Patrick dan Grace Winslow dan Elfira Loy (Odile) turut menyumbangkan suara untuk filem tersebut.
The Smurfs versi Bahasa Malaysia juga turut mengundang beberapa wartawan hiburan dan blogger untuk meminjamkan suara mereka di dalam filem tersebut selain penyampai radio Era iaitu Adi Fashla, Ray dan Hanif.
Sumber : Mstar
